Please wait while JT SlideShow is loading images...
Photo Title 1Photo Title 2Photo Title 3Photo Title 4Photo Title 5
 
 
 
 
SOPHie-nista:- [Intan Nadiah MB0069057K77-Perak]. [Jamiah MB0045145K07-Selangor]. [Juraidah MB0047923K73-Selangor]. [Siti Badriah MB0045026K64-Selangor]. [Nur Izzati Lau MB0045033K65-Penang]. [Siti Nabilah MB0049690K18-Selangor]. [Durrani MB0045035K27-Penang]. [Bent Chindamanee MB0045133K82-Kedah]. [Nur Hidayah MB0045126K70-Kedah]. [Norhayati MB0045039K49-Kedah]. [Mohamad Syaiful Nizam MB0045042K38-Kedah]. [Nor Aziah MB0049691K41-Sabah]. [Azizul MB0049678K47-Johor]. [Nurul Ain MB0049676K02-Pahang]. [Siti Aniza MB0042871K60-N9]. [Nor Ba'ayah MB0042869K02-Perak]. [Nurul Nadiah MB0042865K47-Terengganu]. [Norhasnita MB0042861K64-Terengganu]. [Salmi Manja MB0046835K68-Selangor]. [Rohaida MB0042863K83-Selangor]. [Zuraini MB0042867K04-Selangor]. [Nor Hidayah MB0042878K40-Melaka]. [Hamida MB0038511K96-Pahang]. [Sabrina MB0038516K62-Sabah]. [Rohaya MB0038514K30-Terengganu]. [Wan Amirah MB0038520K66-Selangor]. [Sasaliza MB0038522K37-Selangor]. [Nurul Suhada MB0038419K58-Johor]. [Mohd Amiruddin MB0040125K90-Putrajaya]. [Mokhtar MB0027071K65-Pahang]. || Jom! berbelanja di SOPHie PARIS dapat $$$!.. || GMT+0800 ..... My Fashion. My Business. ||
Hari Ini:

| PELAN PEMASARAN | PROMOSI | PENGUMUMAN | MEDIA | BORANG² |
| BUSINESS CENTRE | FAQs |

FAQs

Frequently Asked Questions

SOPHie PARIS (Soalan² yang kerap ditanya)

CetakEmel

Siapakah SOPHie PARIS?

SOPHie PARIS adalah syarikat jualan langsung fesyen yang terbesar di Asia. Diasaskan di Jakarta, Indonesia pada tahun 1995 oleh usahawan Perancis bernama Bruno Hasson, SOPHie PARIS telah menjadi kisah kejayaan kegemaran di Indonesia. Bermula dengan perniagaan dari rumah berasaskan pembuatan beg tangan, ia telah membangun maju ke dalam syarikat fesyen terbesar seumpamanya di negara ini. Dengan lebih 100,000 ahli aktif yang bergerak secara purata 75,000 produk setiap hari, kegilaan peminat terhadap produk SOPHie PARIS masih tidak dapat ditandingi.

SOPHie PARIS Malaysia telah dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari 2012 dan adalah sebuah syarikat 100% pelaburan langsung asing (Perancis) yang melabur. Malaysia adalah merupakan negara ke 5 dan terkini pasaran yang diterokai SOPHie PARIS.

Bagaimana boleh saya membeli barangan SOPHie PARIS?

Barangan SOPHie PARIS boleh didapati melalui rangkaian ahli bebas. Barangan SOPHie PARIS boleh dibeli melalui ahli di mana anda tinggal atau di Butik SOPHie PARIS di Petaling Jaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Bolehkah saya membeli barangan SOPHie PARIS tanpa mendaftar diri sebagai ahli?

Anda boleh membeli barangan SOPHie PARIS pada harga ahli dengan mendaftar sebagai ahli. Ataupun, anda juga boleh membeli barangan SOPHie PARIS dari Ahli SOPHie PARIS pada harga runcit tanpa mendaftar keahlian diri.

Mengapa SOPHie PARIS menggunakan rangkaian pemasaran untuk mengedarkan barangannya?

Bagi memudahkan jawapan untuk soalan ini, kita boleh meringkaskannya dalam 2 perkataan: BERGAYA dan BENEFISIAL. Apabila ia melibatkan FESYEN, wanita² cantik di luar sana akan terbayangkan kedai dengan penuh produk yang dipamerkan. Dengan barisan orang yang panjang di hadapan bilik untuk mencuba pakaian, ia akan mengambil masa anda untuk datang ke kedai, memilih produk yang betul dan mencubanya. Justeru, SOPHie PARIS telah membawa satu penyelesaian yang terbaik untuk anda. Dengan SOPHie PARIS, anda masih boleh tinggal di rumah dan pada masa yang sama membeli barangan kegemaran anda untuk membuat diri anda lebih cantik. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambah pendapatan dari keghairahan fesyen dari Pelan Pampasan SOPHie PARIS yang menarik. Dengan cara ini, SOPHie PARIS terus bekerja ke arah matlamat muktamad untuk mengindahkan orang ramai dan membawa mereka kepada kehidupan yang lebih baik seperti yang diimpi-impikan oleh kebanyakan orang.   

Apakah faedah² menjadi Ahli SOPHie PARIS?

Ahli SOPHie PARIS menikmati peluang untuk membina perniagaan bebas dengan kos yang amat minimal untuk memulakan perniagaan. SOPHie PARIS menguruskan pemasaran jenama, penciptaan produk, pembayaran bonus, penghantaran ke pintu rumah anda dan banyak lagi elemen² dimana pemilik perniagaan yang tipikal perlu kawal.

Bagaimana saya boleh menghubungi pihak Syarikat?

Kami menggalakkan sesiapa yang mempunyai soalan, komen atau kemusykilan untuk menghubungi kami. Sila lawati Seksyen Khidmat Pelanggan untuk info lanjut.

Di manakah letaknya Ibu-pejabat dunia SOPHie PARIS?

Ibu-pejabat dunia SOPHie PARIS terletak di:
SOPHie Building
Jl. Adyaksa  No.33, Lebak Bulus
Cilandak – Jakarta Selatan 12440.
Indonesia

Di manakah letaknya pejabat korporat SOPHie PARIS di Malaysia?

Pejabat korporat SOPHie PARIS terletak di C-01, PJX-HM Shah Tower, No.16A, Persiaran Barat, 46200 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, bersebelahan dengan Amcorp Mall dan bertentangan dengan Stesen LRT Putraline Taman Jaya. Klik di sini untuk melihat peta lokasi.

Di manakah barangan SOPHie PARIS dipasarkan?

SOPHie PARIS mengedarkan produk barangannya ke seluruh dunia termasuk Indonesia, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Maghribi.


Keahlian (Soalan² yang kerap ditanya)

CetakEmel

Bagaimana saya boleh membuat pesanan sebagai Ahli SOPHie PARIS?

Ahli SOPHie PARIS boleh memesan produk dengan datang sendiri ke Butik SOPHie PARIS di Petaling Jaya. Pesanan pembelian produk juga boleh dilakukan samada dengan 1) membuat panggilan ke Pusat Panggilan SOPHie PARIS atau 2) melalui emel atau faksimilikan borang pesanan.

Sekiranya saya telah mendaftar sebagai Ahli, bolehkah saya mendaftar semula dengan Penaja yang berlainan?

Ahli hanya boleh menukar Penaja dalam tempoh sebulan pendaftaran dilakukan tertakluk kepada syarat² berikut: Tiada pembelian dilakukan dan masih belum merekrut ahli baru di bawahnya dalam tempoh tersebut. Borang Permohonan Penukaran Penaja Langsung mesti dihantar oleh Ahli.

Jika anda tidak memenuhi syarat² di atas, anda mempunyai pilihan untuk menamatkan keahlian anda dengan mengemukakan Borang Permohonan Penamatan Keahlian dan mendaftar keahlian baru. Walau bagaimanapun anda tidak lagi layak untuk menerima pembayaran bonus dan ganjaran yang berasaskan jualan rangkaian anda yang telah dibina sebelum penamatan keahlian anda.

Bagaimana boleh saya memperbaharui Keahlian saya?

Anda TIDAK perlu memperbaharui Keahlian anda kerana Keahlian anda didaftarkan untuk seumur hidup.

Bagaimana pembayaran bonus saya dilakukan?

Sekiranya Ahli bercadang agar bonusnya dibayar melalui pemindahan bank, Ahli harus mengemukakan satu salinan buku akaun / bank Malaysia atau salinan butiran akaun bank Malaysia. Jika Ahli tidak memberikan apa² dokumen (atau jika maklumat yang diberikan tidak tepat), bonus akan dikreditkan ke akaun Ahli sebagai kredit Ahli dan boleh digunakan oleh Ahli sebagai kaedah pembayaran bagi pembelian produk di masa hadapan.

Bilakah bonus saya dibayar?

Bonus yang diperolehi ke atas jualan yang dijana dalam tempoh sebulan akan dikreditkan ke dalam akaun bank Ahli tidak lewat daripada hari ke 7 bulan berikutnya. Jangka masa perbankan normal ialah kira² 2 hingga 3 hari bekerja. Hari cuti dan hari hujung minggu boleh menyebabkan kelewatan dalam pembayaran bonus dikreditkan ke dalam akaun Ahli.

Apa perlu saya lakukan sekiranya saya masih belum menerima pembayaran bonus selepas daripada tempoh yang dinyatakan di atas?

Sila telefon Pusat Panggilan SOPHie PARIS ataupun datang sendiri ke Butik SOPHie PARIS untuk sebarang pertanyaan / aduan.

Bagaimana Syarikat akan menghubungi saya jika saya menukar alamat emel saya dan saya lupa untuk memaklumkan kepada Syarikat?

Sekiranya Syarikat tidak mempunyai maklumat hubungan komunikasi yang tepat, Syarikat tidak akan bertanggung-jawab bagi ketidakupayaan untuk menghubungi Ahli akibat daripada ketidaktepatan maklumat peribadi Ahli.

Sekiranya saya telah mendaftar sebagai Ahli, bolehkah suami atau isteri saya mendaftar sebagai Ahli juga?

Boleh. SOPHie PARIS tidak mengenakan apa² sekatan mengenai perkara ini. Walau bagaimanapun, bagi tujuan mengoptimakan pendapatan bonus, adalah disyorkan agar hanya satu keahlian saja didaftarkan.


Produk (Soalan yang kerap ditanya)

CetakEmel

Siapakah yang mereka-cipta barangan SOPHie PARIS?

Produk SOPHie PARIS terutamanya direka-cipta oleh profesional Perancis yang sentiasa dikemaskini dengan trend semasa fesyen di serata dunia.

Apakah barangan SOPHie PARIS yang dijual?

Dengan penyelidikan berterusan terhadap trend fesyen terkini di Eropah, SOPHie PARIS hanya menawarkan reka-bentuk produk yang terbaik dan paling disukai orang ramai dalam dunia fesyen dengan pelbagai barangan yang unik dan berharga mampu-beli seperti beg tangan, dompet, jam tangan dan aksesori.

Bagaimana polisi jaminan dilaksanakan? Adakah tempoh jaminan bagi semua barangan?

SOPHie PARIS memberi jaminan produk barangannya bebas daripada kecacatan pembuatan. Ahli boleh menukar produk yang rosak dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pembelian.

Berapa kerap katalog SOPHie PARIS dikeluarkan?

Katalog SOPHie PARIS terbaru dikeluarkan kira² selang 45 hari perniagaan daripada tarikh katalog terdahulu dilancarkan.


Peluang (Soalan yang kerap ditanya)

CetakEmel

Apakah ia Keahlian SOPHie PARIS?

Ahli SOPHie PARIS merupakan seorang individu atau entiti yang telah memeterai perjanjian Keahlian dengan SOPHie PARIS. Ahli SOPHie PARIS boleh membeli produk pada harga ahli dan menjual balik produk kepada pelanggan untuk mendapatkan keuntungan runcit. Ahli SOPHie PARIS juga boleh merekrut Ahli tambahan dan menerima bonus dan ganjaran daripada jualan produk mereka di bawah Pelan Pampasan SOPHie PARIS.

Bagaimana boleh saya menjadi Ahli SOPHie PARIS?

Anda boleh menjadi Ahli SOPHie PARIS samada dengan menghubungi mana² Ahli sedia-ada ataupun menghubungi pasukan Khidmat Pelanggan SOPHie PARIS. Borang Permohonan Pendaftaran Keahlian SOPHie PARIS yang terdapat di dalam Kit Permulaan, hendaklah diisi dan dihantar kepada SOPHie PARIS samada melalui kiriman pos, faksimili ataupun menyerahkannya kepada staf Khidmat Pelanggan di Butik SOPHie PARIS.

Adakah mahal untuk menjadi Ahli SOPHie PARIS?

Tidak sama sekali. Kos untuk menjadi Ahli Sepanjang Hayat adalah dengan membayar yuran keahlian sebanyak RM15 saja. Ianya sangat murah! Sesiapa saja (18 tahun ke atas), mampu untuk mendaftar Keahlian SOPHie PARIS.

Bagaimana boleh saya bermula?

Sebagai Ahli baru, anda akan mempunyai Ahli yang lebih berpengalaman (Penaja anda) sebagai seorang jurulatih, membimbing dan membantu anda. Penaja anda akan memperkenalkan anda kepada SOPHie PARIS dan membantu anda dengan semua maklumat yang perlu anda ketahui pada peringkat awal.

Anda juga akan menerima Kit Permulaan yang mengandungi pelbagai maklumat yang perlu anda ketahui untuk bermula.

Apakah kandungan di dalam Kit Permulaan?

Kandungan yang terdapat di dalam Kit Permulaan adalah seperti Borang Permohonan Pendaftaran Keahlian, kad Ahli, risalah berkenaan Syarikat, Buku Panduan Ahli, katalog terkini, pelekat kereta, borang pesanan pembelian Ahli / pelanggan dan pelbagai lagi yang mampu membantu anda untuk bermula.

Berapa banyak pendapatan yang boleh saya dapat sebagai Ahli SOPHie PARIS?

Anda tentukan berapa jumlah pendapatan yang anda inginkan dengan jumlah waktu bekerja anda. Samada anda melakukannya sepenuh masa ataupun melakukannya hanya sekadar untuk pendapatan tambahan di waktu masa lapang anda, ianya terpulang kepada anda. Tiada kengkangan masa. Anda tentukan sendiri waktu kerja anda.

Bagaimana Pelan Pampasan berfungsi?

Pelan Pampasan adalah suatu kaedah dimana Ahli mendapat imbuhan daripada aktiviti jualan runcit dan pembelian peribadi mereka, serta jualan runcit dan pembelian peribadi oleh jaringan Ahli di bawah. Sila lihat Pelan Pampasan untuk info lanjut.


No comments:

Post a Comment

Sekiranya anda mempunyai kemusykilan / pertanyaan / cadangan / pendapat, sila tinggalkannya di sini. Terima kasih. - Mr.K™ -








Daftar Info Ahli